Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

Wednesday, 15 July 2020

Bonda Zainun kembali ke Rahmatullah

Bonda Zainun, waris terakhir dari anak Nyai Jaisah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 5/7/2020. Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor. Salam takziah buat anak-anaknya yang tinggal iaitu Cikgu Ibrahim dan Cikgu Norlizan.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia
Rahmatilah dia
Maafkanlah dia
Muliakan kematiannya
Lapangkan kuburnya
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya
Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya
Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin





Sunday, 17 January 2016

Orang Baru

Sukacita dimaklumkan Rosmawati + Samsudin dari waris bonda Salmah telah selamat menerima cucu pertama dari anak kedua mereka iaitu Nursyazwan + Nurhanim. 

Cucunya seorang bayi perempuan yang diberi nama Nurfatehah Ammin.

Tahniah Yon dan suami...