Wednesday, 15 July 2020

Bonda Zainun kembali ke Rahmatullah

Bonda Zainun, waris terakhir dari anak Nyai Jaisah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 5/7/2020. Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor. Salam takziah buat anak-anaknya yang tinggal iaitu Cikgu Ibrahim dan Cikgu Norlizan.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia
Rahmatilah dia
Maafkanlah dia
Muliakan kematiannya
Lapangkan kuburnya
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya
Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya
Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin





Sunday, 1 March 2020

Majlis perkahwinan Ahmad Nazri

Majlis perkahwinan Ahmad Nazri Suhaimi dan pasangannya Nur Ariana Mohd Rozzari telah diadakan pada 29/02/2020 bertempat di Bizmilla Wedding Hall, One City, Subang Jaya, Selangor. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu terutamanya kepada saudara mara yang datang dari jauh dan dekat.

Pengantin yang diraikan.

Sunday, 29 December 2019

Akhirnya...

Sekitar majlis perkahwinan Awaludin (Bonda Hendon) dan pasangannya Aiza yang telah diadakan pada 29/12/2019. Akhirnya bertemu jodohnya juga. Majlis hanya dibuat dipihak perempuan secara kecil-kecilan.